Thursday 27 December 2012

#Dinner Fakulti, #UiTM Jengka #Business #Banking, #Semester 4

Assalamualaikum wahai rakan-rakan, teman-teman, dan pembaca-pembaca sekalian.. hyeee, ketemuin lagi kita ya.. **cakap indon dah ni ha.. haha.. Entri yang tak seberape kali ni, aku nak share tentang dinner fakulti kitorang yang diadakan pade 12 September 2012 hari tu.. Tengok la aku ni, dah 3 bulan berlalu baru la nak update kan.. haha, biasa lah tu, kalau tidak bukan Nafie Noor Azman namanya.. ^_^
Korang semua mesti pernah pergi majlis dinner kan? tak kira la kecik or besar majlis tu, tapi mesti seronok kan..Okey, kisahnye bermula macam nie, waktu aku semester 4 dulu, batch kitorang kena handle majlis dinner nie.. kira majlis dinner ni antara event fakulti yang terbesar la every semester.. Nampak tak? Macam penting je kan.. So, kena la buat yang terbaik.. Sebelum ni aku memang tak de pengalaman handle mane-mane event.. Tau datang join je.. haha.. Sebenarnye bukan mudah nak handle sesuatu event ni.. Belakang tabir dia, banyak sangat kerja.. Yela, kena datang meeting, lantik ahli jawatan kuasa, bahagi-bahagi tugas, cari dana, sponsor, dan macam-macam lagi la.. Serious, penat dan memeningkan.. Boleh dikatakan 3 minggu before event, dalam seminggu tu, 3 kali kali jugak buat meeting.. meeting da la waktu malam, komitmen punye pasal, datang je la.. haa, itu bab meeting, ni nak cakap pasal bab jual tiket kat student.. Perghh, yang ni paling mencabar =.=' seminggu sebelum event kot, boleh dikatekan tiap-tiap hari, lepas kelas je, pergi depan library jadi salesman jual tiket dinner.. Err, bukan senang ye.. Tapi takde la buat kerja ni sorang-sorang, ada jugak kawan-kawan yang lain tolong sekali.. Nak jual sorang-sorang memang tak la kan.. Sometime, Nafie ni pemalu jugak  orangnye.. haha
Okey sambung balik, student semester 1 dan 6 memang di wajibkan hadir, so tak la heran sangat la kan diorang tu.. Ni yang semester 2, 3, and 5.. Susahnye la nak jual and suruh diorang join event.. Mungkin diorang fikir diorang dah senior kot, tu yang mals nak pergi tu, tak pon diorang fikir, next semester boleh join.. Hmm, entah lah,macam-macam ragam jugak student ni.. Ape-ape pon, Tiket yang berharge RM20.00 tu laris jugak kitorang jual.. tapi tak la habis.. haha.. Pade hari event tu pulak, kitorang dapat dewan agak lewat, pukul 3 kot baru boleh guna.. Sebab before tu ada event ape entah.. So agak rushing jugak buat persiapan tempat.. Kerjenye macam biasa la, susun meja, hias itu hias ini, check sound sistem and ape entah lagi.. Kerje-kerja ni di buat secare bergotong royang oleh semua student business and banking semester 4.. Meriahnye waktu tu.. tapiii, tapi takde gambar la nak share.. Sebab petang tu aku tak bawak camera.. Lagi pon agak busy dengan tugas masing-masing.. Dalam pukul 7 kot baru settle semua kerja-kerja dalam dewan tu.. Maghrib jugak la.. Lepas tu semua Crew balik.. Yela nak siap-siap pakai cantik-cantik kan..haha.. Dalam pukul 8 kitorang datang semula and pukul 8.30 event dah start.. Okey yang ni aku ada gambar nak share ^_^

haa, tengok! Malam ni semua orang nampak cantik <3 hehe
yang ni la pintu masuk.. aku pon tak tahu design ape ni.. tapi nampak  menarik.. ^_^

suasana kat luar pon tak kurang sibuknya.. ada yang tengah tunggu kawan, ada yang cari kawan.. hai, macam-macam

Ni dia 2 orang pengacara majlis yang cantik dan kacak. haha

ketibaan tetamu terhormat 

ramai kan.. macam semut dah ha.. 

persembahan bermula.. and ni antara salah satu gimik perasmian..

amboi puan.. siap bawak anak lagi ye.. haha

persembahan daripada setiap batch.. rasanya semua buat nyanyian.. semua nak jadi artis malam tu.. hihi

acara cabutan bertuah.. ha, tengok la sir zaid tu.. gempak gila.. macam dracula dah



then fasyen show.. yang pakai cantik-cantik boleh la masuk ni =.=



Queen of the night!! cantik kan?? ni untuk category student :)

King of the night.. siap bertopi lagi kan.. untuk category student jugak..

untuk category lecturer pulak.. haa, tengok la madam nie..ayu kan? memang patut menang pon :p

tadaaa!! king of the night sir azmer yang dapat.. simple kan.. mungkin ada daya tarikan
yang tersembunyi tu.. tahniah sirr..

dah kosong? mana semua orang pergi? amboi dah kenyang seua orang lari ye.. haha, takde lah semua orang waktu
nie tengah sibuk bergambar dengan kawan-kawan.. nak buat kenangan la tu. tak pon nak upload kat fb.. haha
haa, macam diorang nie ha.. konon-konon sweet lah tu? 

senior, semester 6.. lepas nie kemana lah korang ye.. seronoknya dah habis diploma.

Eh! aku pon nak jugak?

wahhh, rambang  mata nie.. suka sangat tengok perempuan pakai macam ni.. sejuk je mata ^_^


okey Nafie yang manakah pilihan hati? semua cantik ni.. haha.. padehal tak kenal pon..
nasib baik la sporting.. boleh snap gambar same-same ^_^ thanks

ni lah barisan ahli jawatan kuasa.. ramai kan.. semua ada tugas masing-masing.. tahniah korang semua :)

okey, habis.. ni je lah gambar-gambar yang terpilih.. banyak lagi sebenarnye. tapi tak kan nak upload semua kan.. penuh nanti.. haha.. ape-ape pon syukur allhamdulillah event yang kitorang handle nie berjalan dengan lancar.. ade masalah sikit-sikit tu biasa lah kan.. semoga apa yang kami buat akan jadi kenangan pada setiap student yang hadir.. aminn.. tahniah buat semua student semester 4 banking n business kerana telah menjalankan event ni dengan jayanya.. terima kasih juga atas kerjasama yang diberikan.. ^_^ okey rasanya habis dah ucapan.. hehe.. itu aje untuk entri kali nie. kita jumpa lain kali ye.. byebye semua..
#TERIMA KASIH SUDI SINGGAH DAN BACA ENTRI NI
Assalamualaikum


5 comments: